Ratings and Recommendations by outbrain

Khamis, 3 Jun 2010

Pujilah Pasangan Anda....


Lumrah hidup manusia, berasa gembira bila dipuji.. dan terasa marah bila dikeji. Mungkin ada orang yang cuba menafikan bahawa dia mempunyai sifat begitu, namun itulah hakikat. Dimulut mungkin boleh menafikan, namun jauh di sudut hati pastinya berasa gembira bila dipuji.

Berapa kalikah anda pernah memuji pasangan anda? Pujilah…jika anda jarang-jarang sekali memuji pasangan anda, belajarlah untuk memuji. Cubalah puji pasangan anda walaupun sekali sehari. Hasilnya? Cuba dulu..nanti baru lah tahu hasilnya.

Tidak tahu bilakah masa yang sesuai untuk memuji? Mungkin boleh dicuba pada masa-masa begini :

1. Pasangan anda memakai pakaian baru. Pujilah kecantikkan pakaian nya dan juga tuan punya badan ye :)
”wah…cantiknye sayang abang pakai baju baru. Sesuai sangat dengan sayang. Cantik sangat”

2. Bila pasangan anda mencuba alat makeup baru atau bersolek cara baru.
”cantik berserinya isteri abang hari ni. Nampak lain lah hari ni. Guna lipstik baru ke?”

3. Bila pasangan anda baru gunting rambut atau buat rambut fesyen baru.
”wah…hensemnya abang sayang hari ni.Kacaklah rambut baru abang ni”

4. Puji masakan pasangan anda
”sedapnya awak masak hari ni. resepi apa awak guna? Berselera saya makan”

Bila lagi ye masa yang sesuai untuk memuji pasangan kita?

Senang kan memuji. Pujilah pasangan anda.

Rabu, 2 Jun 2010

13 Rahsia Cinta Lebih Hebat!



Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.

Namun harus dingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.

Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititikberatkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagian kepada anda dan pasangan.

Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.



1.
Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.




2.
Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.




3.
Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.




4.
Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.




5.
Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.



6.
Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.




7.
Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.




8.
Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.




9.
Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.



10.
Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.